Selain
dari tubuh yang berisi atau gemuk,selulit adalah antara satu lagi
situasi yang paling tidak digemari wanita.Sebenarnya hampir kesemua
wanita tidak kira gemuk atau kurus memiliki selulit.Lebih mengejutkan
90% wanita dewasa memiliki selulit.Selulit,tidak sesekali berkaitan
dengan obesiti.Walaupun sukar untuk menghindarinya,namun masih terdapat
cara untuk menguranginya.
1 BANYAK MINUM AIR
Minumlah air putih antara enam hingga lapan gelas sehari bagi
menyingkirkan setiap lebihan natirum yang menyebabkan kehilangan cairan
di dalam tubuh.Jika bosan dengan air putih,cuba teh herba atau jus
buah.Kadar cairan yang tinggi menjadikan kulit lebih lembut.
2 BERHENTI MEROKOK
Mahu hilangkan selulit?Cuba berhenti merokok.Selain dapat membantu
menghilangkan selulit,dapat juga membuang tabiat buruk ini.Tabiat
merokok sebenarnya,memburukkan selulit yang terdapat pada kulit kerana
ia menghalang perjalanan zat ke kulit sehingga akhirnya menjejaskan
kulit.
3 OLAHRAGA
Berat badan berlebihan akan lebih memburukkan selulit
anda.Jika anda menggabungkan program latihan kardiovaskular bersama
latihan untuk otot kaki,ia dapat membantu mengurangi selulit.
4 GOSOK TUBUH
Menggosok kulit membantu membuang sel-sel kulit
mati,meransang perjalanan darah dan meningkatkan aliran limfatik
anda.Hal ini dapat membantu mengurangkan selulit.Untuk hasil
terbaik,gosok tubuh dua kali sehari setiap kali mandi.
5 LEMBAPKAN KULIT
Krim untuk selulit sudah semakin banyak di pasaran.Bagi
memperolehi hasil yang maksimum,amalkan olahraga serta makan dan minum
yang sihat.Gunakan pelembap kulit dua kali sehari juga dapat membantu
kulit menjadi lebih mulus dan elastik.Amalkan setiap hari.
6 PERBANYAKKAN ASID LEMAK
Asid lemak perlu dapat membantu memperkuatkan tisu di
sekitar lemak hingga membantu mengurangi selulit.Makanan yang kaya
dengan asid lemak ini dapat membantu mengurangkan sel-sel lemak.Antara
makanan yang mengandungi asid lemak esensial adalah minyak zaitun,minyak
ikan,minyak biji beri hitam dan sebagainya.
7 BANYAKKAN MAKANAN BERPROTEIN
Protein dapat membantu kerana ia mengandungi albumin
yang membantu menyerap lebihan cairan.Cuba makan tiga hidangan
ikan,kacang-kacangan dan biji-bijian setiap hari bagi mendapatkan hasil
terbaik dalam mengurangi selulit anda.
8 URUTAN
Menjalani rawatan urutan memberi pelbagai manfaat
kepada anda.Ia dapat membantu mengurangi stress,meningkatkan perjalanan
darah dan tidak kurang juga dapat membantu mengurangkan selulit.
9 KURANGI STRESS
Stress menyebabkan perubahan hormon yang dapat
mempengaruhi kulit.Kortisol merupakan hormon stress yang boleh
menyebabkan kulit semakin menipis dan meningkatkan penyimpanan
lemak.Malah,ia juga melambatkan pengeluaran hormon untuk pertumbuhan
kulit sihat.