Showing posts with label TIPS CANTIK. Show all posts
Showing posts with label TIPS CANTIK. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Tips Cantik dan Sihat D'Hati

Selain dari tubuh yang berisi atau gemuk,selulit adalah antara satu lagi situasi yang paling tidak digemari wanita.Sebenarnya hampir kesemua wanita tidak kira gemuk atau kurus memiliki selulit.Lebih mengejutkan 90% wanita dewasa memiliki selulit.Selulit,tidak sesekali berkaitan dengan obesiti.Walaupun sukar untuk menghindarinya,namun masih terdapat cara untuk menguranginya.

1 BANYAK MINUM AIR
                  Minumlah air putih antara enam hingga lapan gelas sehari bagi menyingkirkan setiap lebihan natirum yang menyebabkan kehilangan cairan di dalam tubuh.Jika bosan dengan air putih,cuba teh herba atau jus buah.Kadar cairan yang tinggi menjadikan kulit lebih lembut.

2 BERHENTI MEROKOK
                  Mahu hilangkan selulit?Cuba berhenti merokok.Selain dapat membantu menghilangkan selulit,dapat juga membuang tabiat buruk ini.Tabiat merokok sebenarnya,memburukkan selulit yang terdapat pada kulit kerana ia menghalang perjalanan zat ke kulit sehingga akhirnya menjejaskan kulit.

3 OLAHRAGA
                  Berat badan berlebihan akan lebih memburukkan selulit anda.Jika anda menggabungkan program latihan kardiovaskular bersama latihan untuk otot kaki,ia dapat membantu mengurangi selulit.

4 GOSOK TUBUH
                  Menggosok kulit membantu membuang sel-sel kulit mati,meransang perjalanan darah dan meningkatkan aliran limfatik anda.Hal ini dapat membantu mengurangkan selulit.Untuk hasil terbaik,gosok tubuh dua kali sehari setiap kali mandi.

5 LEMBAPKAN KULIT
                  Krim untuk selulit sudah semakin banyak di pasaran.Bagi memperolehi hasil yang maksimum,amalkan olahraga serta makan dan minum yang sihat.Gunakan pelembap kulit dua kali sehari juga dapat membantu kulit menjadi lebih mulus dan elastik.Amalkan setiap hari.

6 PERBANYAKKAN ASID LEMAK
                   Asid lemak perlu dapat membantu memperkuatkan tisu di sekitar lemak hingga membantu mengurangi selulit.Makanan yang kaya dengan asid lemak ini dapat membantu mengurangkan sel-sel lemak.Antara makanan yang mengandungi asid lemak esensial adalah minyak zaitun,minyak ikan,minyak biji beri hitam dan sebagainya.

7 BANYAKKAN MAKANAN BERPROTEIN
                   Protein dapat membantu kerana ia mengandungi albumin yang membantu menyerap lebihan cairan.Cuba makan tiga hidangan ikan,kacang-kacangan dan biji-bijian setiap hari bagi mendapatkan hasil terbaik dalam mengurangi selulit anda.

8 URUTAN
                   Menjalani rawatan urutan memberi pelbagai manfaat kepada anda.Ia dapat membantu mengurangi stress,meningkatkan perjalanan darah dan tidak kurang juga dapat membantu mengurangkan selulit.

9 KURANGI STRESS

  Stress menyebabkan perubahan hormon yang dapat mempengaruhi kulit.Kortisol merupakan hormon stress yang boleh menyebabkan kulit semakin menipis dan meningkatkan penyimpanan lemak.Malah,ia juga melambatkan pengeluaran hormon untuk pertumbuhan kulit sihat.

Wednesday, January 30, 2013

Cara pemakaian produk D'Hati


untuk anda yang belum mengetahui cara menggunakan produk D'HATI keluaran baru, berikut adalah panduan pamakaiannya.

PERSEDIAAN SEBELUM MENGGUNAKAN D'HATI BARU:

1) Untuk memulakan pemakaian produk D'Hati baru ini, anda dinasihatkan berehat dari memakai sebarang produk dalam masa 2-3 hari (hanya penggunaan sabun sahaja).

2) Seeloknya , dalam tempoh seminggu di awal pemakaian produk baru ini, anda tidak digalakkan memakai apa2 seperti bedak, foundation, BB cream, compact dll, selepas memakai krim siang dan krim malam 

CARA PEMAKAIAN PRODUK D'Hati BARU:

1) Cuci muka dengan Sabun. Bersihkan dengan menyeluruh dan
keringkan dengan tuala lembut.utk extra effect, after kering, ambil ketulan ais n sapukan rata pada kulit muka.. *petua yg jarang 0rg dapat taw ney! ;)

2) Akhir sekali, barulah diikuti dengan pemakaian Krim Siang & Krim Malam, pada keseluruhan wajah. Ratakan Krim Tersebut pada keseluruhan wajah dengan urutan lembut.

*( Cara pemakaian adalah sama untuk waktu siang dan malam )..if ade sbarang prtanyaan..b0le mcg 0r c0ntact us 0k! ;